Hmmm... lazatnya dpedas

Hmmm...  lazatnya dpedas

Tuesday, March 1, 2016

Cara menyediakan Nasi Mandy Ayam Saudi Al-Bayt

Setakat entry ini ditulis, pek yang paling laris ialah Nasi Mandy Ayam Saudi (kotak warna biru). 

Nasi Mandy Ayam Saudi --  hmmm  lazatnya
 Set ini mengandungi:
  • Beras basmathi Super Long - kira2 450g
  • Rempah serbuk mandy
  • Rempah tumis mandy 
Resepi nasi mandy dan ayam panggang: 

Bahan2 nasi:
  • Beras basmathi      - ada dalam pek
  • 1 sudu besar rempah serbuk mandy - ada dalam pek
  • Rempah tumis mandy  - ada dalam pek

  • 2 ulas bawang besar 
  • 5 ulas bawang putih 
  • 2 batang cili hijau
  • 2 sudu besar tomato puree
  • minyak untuk menumis 
  • garam secukupnya 

Cara memasak nasi mandy ayam saudi:
  • Rendam beras selama 20 minit atau lebih, kemudian toskan.
  • Tumis rempah hidup (kulit kayu manis, buah pelaga, bunga cengkih dan lumi), bawang putih, bawang besar, rempah serbuk mandy dan tomato puree.
  • Masukkan 600ml air ke dalam tumisan. Biarkan ia mendidih.
  • Masukkan beras.
  • Taburkan garam dan cili hijau (jangan dihiris)
  • Tanak nasi sehingga 80% masak, kemudian masukkan minyak ayam panggang yang disimpan tadi. Gaul perlahan-lahan supaya nasi tidak patah. Kecilkan api dan masak hingga nasi 100% masak.     

Bahan2 untuk ayam panggang:
  • 1 ekor ayam
  • 1  1/2 sudu besar rempah serbuk 
  • 5 ulas bawang putih - kisar
  • Sedikit garam
  • Sedikit minyak
  • 2 sudu besar tomato puree. 


Cara memasak ayam panggang :
  • Perap ayam dengan semua bahan. Lagi lama lagi bahan2 mesra dan meresap ke dalam ayam.
  • Panggang di dalam oven dengan suhu 180 darjah celcius selama 1 jam. Balikkan ayam selepas  1 jam.
  • Simpan lebihan minyak yang keluar ketika proses memanggang utk dicampurkan ke dalam nasi  

Cara buat sos harrah:
  • 2  biji tomato
  • 2 ulas bawang putih
  • 1 sudu kecil perahan lemon
  • daun ketumbar
  • cili padi
  • garam
-kisar semua bahan tanpa air. 
sos harrah ini sangat enak, anak2 pun suka sbb ia tidak terlalu pedas kerana ada rasa masam dari lemon dan tomato.


Cara buat Salad Arab:
  • 2 biji tomato
  • 1 batang timun - potong dadu
  • 1 labu bawang besar - hiris
  • daun ketumbar - hiris
  • garam
  • serbuk lada hitam 
-campurkan semua bahan dalam mangkuk dan kacau sebati.